Professor vs Doktor
Bodoh atau bodoh-bodoh? Isu yang masih panas lagi walaupun professor dah minta maaf dan mohon orang yang tak faham supaya dengar semula video asal yang panjang. Bukan yang pendek-pendek lepas tu semua meroyan. Macam-macam dituduh pada professor. Professor tu bukan tuhan, professor suruh perempuan jadi bodoh dan macam-macam lagi. Siap keluar isu-isu lama si professor. Ada doktor nun jauh di sana telah menyanggah pandangan professor. Malah doktor yang menyanggah professor tu pun keluar pandangan sendiri mengatakan perempuan tak perlu merendahkan intelektual untuk memikat lelaki. Malah sanggup tidak berkahwin jika perlu begitu. Sebenarnya pandangan kedua-duanya betul mengikut konteks tersendiri. Professor tu bercakap dari segi psikologi atau motivasi. Lumrah lelaki normal memang suka lebih dominan daripada perempuan. Lelaki buka pintu kereta untuk perempuan bukan kerana perempuan bodoh tak reti buka pintu kereta. Lelaki biasanya kurang suka perempuan yang tahu buat kerja lelaki. Tercabar kejantanannya. Cuma sekarang di zaman wanita sama rata dengan lelaki konteks tu dah mula berbeza sikit. Wanita dah pandai buat kerja lelaki. Bertukang, baiki kereta yang biasanya kerja lelaki pun ada perepuan yang dah mahir. Perempuan dah mula lebih berani menonjol bersuara menyuarakan pendapat dan pandangan walaupun pendapat tu mungkin dianggap tabu dalam masyarakat. Makin ramai wanita yang berkerjaya berkaliber dan berjaya dalam masyarakat. Mereka biasa jadi bos-bos. Kalau mereka berkahwin, kadang-kadang suami pula yang jadi bodoh-bodoh. Perempuan tu dicop queen control. Timbul masalah lain. Makcik-makcik bawang akan mengata. Lepas tu hubungan suami isteri bermasalah. Walaupun ada lelaki yang membantah pandangan professor siap cakap wanita yang pandai lebih menarik hati, tapi majoriti lelaki takut nak dekat dengan perempuan yang berstatus tinggi. Yang ada master PhD. Bukan takut sebab terlalu pandai je, malah takut kalau berkahwin nanti, isteri boleh tak uruskan keluarga? Takut dah terlalu sibuk dengan kerjaya, akhirnya rumahtangga terabai. Professor tu memang bukan tuhan yang menentukan jodoh dengan buat-buat bodoh. Professor tu suruh usaha. Macam nak pandai kena belajar. Nak dapat duit kena kerja. Bukan duduk diam tak buat apa tiba-tiba pandai. Bukan duduk goyang kaki tiba-tiba duit turun dari langit. (Tapi kalau memang keturunan orang kaya duit berkepuk boleh jadi la, haha). Kalau rasa nak usaha cara professor tu, terpulang. Kalau tak setuju pun, terpulang. Jangan la dikecam. Bab jodoh dengan bab anak memang sensitif. Tu yang bila disentuh memang hangat diperkatakan. Tapi apapun kena usaha untuk dapat. Kadang-kadang bila perempuan buat-buat bodoh, baru la keluar belang kaum lelaki. Perempuan dapat kesan awal. Kalau tak, habis la jadi mangsa.
Suka bila baca artikel di laman web ThePatriots yang syorkan gadis Melayu jadi seperti Puspawangi watak wanita cerdik dalam filem Musang Berjanggut. Kecerdikannya mengenakan kembali lelaki-lelaki yang nak menggodanya dengan cara yang sangat lembut. Tapi hujung-hujung cerita lelaki juga yang bodoh. Haha.
Ulasan
Catat Ulasan