MCO 3.0

 Hari ni ialah hari ke 12 rakyat Malaysia mejalani PKP 3.0. Pelbagai polemik, isu, kontroversi dan kekalutan melanda dalam PKP kali ni. Yang melibatkan artis lain, yang melibatkan rakyat lain, yang melibatkan ahli politik lain, tak kurang juga yang melibatkan kerabat di raja pun ada. Bukan nak komen berkenaan mereka, kerana mereka tetap dengan gaya mereka. Malah fanatik mereka tetap menyokong segala perbuatan mereka.

Tertarik dengan sikap semua fanatik mereka. Ambil contoh artis. Kerana kalau guna contoh-contoh lain takut masuk dalam. Hehe. Bila baca komen-komen yang menyokong dan menentang sangat dahsyat sekali. Yang menyokong penuh dengan hujah pembelaan layak peguambela di mahkamah. Segala kebaikan, kezuhudan, kebajikan, amal jariah disenaraikan untuk mengimbangi kesalahan yang dilakukan yang dikatakan kecil itu. Mereka kata. Yang menentang pula, segala keburukan, kedurjanaan, kebongkakan dan dosa-dosa lain semua disenaraikan bagi menguatkan kesalahan yang dilakukan. Mereka pula kata kesalahannya maha besar sehingga perlu dipenjarakan. Mereka kata.

Apa yang boleh dikatakan rakyat sedang melalui fasa tekanan perasaan yang agak menakutkan kesan daripada macam-macam hal. Covid-19 menyebabkan PKP. PKP menyebabkan ekonomi merudum, Ekonomi merudum menyebabkan ramai hilang kerja, Ramai hilang kerja menyebabkan ramai yang ambil pusing hal artis tak ikut SOP. Kalau pasal sekolah pula lain halnya. Covid-19 menyebabkan PKP. PKP menyebabkan sekolah tutup, Sekolah tutup menyebabkan belajar dari rumah, Belajar dari rumah menyebabkan ramai budak sekolah ketinggalan pelajaran. Kalau kesan kepada sistem kesihatan negara lagi seram nak hurai. Takut.

Apapun semoga rakyat Malaysia kuat menjalani PKP 3.0 ni, Dah la negara Malaysia dah nombor 2. Harap-harap janganlah jadi nombor 1. Rakyat, semua rakyat termasuk rakyat marhaen, rakyat kayangan, ahli politik, artis, kerabat di raja kena patuhlah SOP. Jangan la terlalu tayang gambar beraya, berjalan sana sini, berkenduri, bermajlis. Jangan tayang yang kamu langgar SOP. Takut kesannya rakyat mula memberontak. Langgar SOP atas alasan golongan-golongan tertentu boleh terlepas. Kenapa tidak rakyat biasa. Peguam-peguam hak asasi pun ramai yang akan bertindak ikut undang-untung. Peguam pun marah la kereta seseorang tu senang-senang je boleh masuk perkarangan mahkamah dan parking. Sedangkan mereka parking di luar kawasan, malah di seberang jalan pulak tu.

Bila la PKP 3.0 ni nak berakhir ek?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Professor vs Doktor

Kerajaan Gagal Ke?