
Perkara yang sangat subjektif untuk dibincangkan kerana indikator bagi menunjukkan gagal atau tidaknya tidak sama. Ada yang beria kata gagal kerana sekian-sekian. Ada yang kata tak gagal kerana sekian-sekian. Tapi bila baca gambar di atas tu rasa hampir tepat apa yang dikata. Kerajaan sekarang ini boleh dikatakan hanya mengikut kehendak rakyat. Daripada isu vaksin, isu PKP, isu buka kedai, isu tutup kedai, isu bantuan, isu moratorium, isu pekerjaan dan macam-macam lagi isu. Hampir semua keputusan kerajaan termasuk yang dikatakan u-turn tu ialah kehendak rakyat sendiri. Tapi bila tak berjaya atau berlaku masalah, kerajaan pula yang kena tempias. Bila kerajaan buat tindakan tegas, terus dituduh kerajaan zalim, menindas hak rakyat. Paling kelakar, hak nak beraya sakan. Sampai timbul ada video yang bandingkan kenapa raya Melayu tak dibenarkan. Raya Cina India boleh pula sambut dengan SOP. Siap suruh rakyat bangkit menentang ketidakadilan katanya tu. Tapi bila bilangan postif COVID-19 mencanak naik, diam seribu bahasa pula. Takde pula sibuk nak raya. Ada satu pekan di selatan siap mat-mat motornya berhimpun beramai-ranai marahkan kerajaan kerana tak bagi raya. Siap bakar-bakar. Siap gantung kain rentang tulisan Kerajaan Gagal. Tapi bila bilangan COVID-19 meningkat, mana ya mat-mat motor tu? Timbul pula kata rakyat dah hilang sabar dengan kerajaan. Rakyat pula nak apa kerajaan buat terus nampak hasil macam kunyit dengan kapur. Kena kunyit terus kuning. Kena kapur terus putih. Masalahnya mampu ke kerajaan nak berjaya kalau rakyat sendiri yang gagal ikut SOP? Kalau keluar, kelihatan mat-mat motor berkumpul beramai-ramai konvoi merewang ke mana-mana. Dah la tak pakai helmet. Buat macam takde apa-apa. Kerajaan suruh duduk rumah, tak nak ikut. Bosan katanya. Anak-anak pun dibiar main di luar ramai-ramai dengan anak-anak jiran. Alasan bosan duduk terperuk di rumah. Mujur la jika takde COVID. Tapi kalau ada macamana? Kalau yang jenis hisap rokok pun satu hal. Walaupun pakai mask tapi letak bawah dagu sebab nak merokok. Masalahnya di tempat awam pula tu. Nak tegur, memang tak boleh la.zaman sekarang mana orang boleh terima teguran. Sanggup bergaduh. Lepas tu viral. Haha. Bilangan positif COVID-19 dah menurun ke 5 ribu lebih. Sebelum ni jejak 9 ribu. Harap-harap cepat turun terus supaya kita boleh hidup normal macam sebelum ni.
Ulasan
Catat Ulasan