Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Sakit

 Ada seorang rakan sekerja ni. Junior. Masuk beberapa tahun kemudian. Kalau bercakap, memang bersemangat. Semua kena hentam. Semua salah. Nak semua sempurna. Kalau kutuk orang, memang kutuk sehabis baik. Lepas setahun kena sakit. Tak pasti sakit apa, tapi jantung jadi laju. Terus berubah 270 darjah. Tak la berubah abes. Ada juga dok kutuk-kutuk tapi benda dan nada bergurau yang boleh diterima la. Siap pakej mintak ampun mintak maaf kalau kita buat muka bengang. Alhamdulillah. Dah jadi kawan baik. Sakit COVID ni mula-mula rasa macam orang kena HIV. Dah tak boleh sembuh. Lepas beberapa lama PKP 1.0, mata terbeliak tengok kat berita tv tunjuk pesakit COVID yang sembuh di negara China keluar dari hospital. Oohh.. boleh sembuh. Ingatkan siapa yang kena terus macam kena hukuman mati mandatori. Sampai dikhabarkan pesakit COVID ramai-ramai ditanam hidup-hidup sebab dah tak boleh rawat. Tapi awal-awal bekas pesakit COVID tetap ditakuti sampai ada yang pulaukan mereka walaupun mereka telah s...

Professor vs Doktor

 Bodoh atau bodoh-bodoh? Isu yang masih panas lagi walaupun professor dah minta maaf dan mohon orang yang tak faham supaya dengar semula video asal yang panjang. Bukan yang pendek-pendek lepas tu semua meroyan. Macam-macam dituduh pada professor. Professor tu bukan tuhan, professor suruh perempuan jadi bodoh dan macam-macam lagi. Siap keluar isu-isu lama si professor. Ada doktor nun jauh di sana telah menyanggah pandangan professor.  Malah doktor yang menyanggah professor tu pun keluar pandangan sendiri mengatakan perempuan tak perlu merendahkan intelektual untuk memikat lelaki. Malah sanggup tidak berkahwin jika perlu begitu. Sebenarnya pandangan kedua-duanya betul mengikut konteks tersendiri. Professor tu bercakap dari segi psikologi atau motivasi. Lumrah lelaki normal memang suka lebih dominan daripada perempuan. Lelaki buka pintu kereta untuk perempuan bukan kerana perempuan bodoh tak reti buka pintu kereta. Lelaki biasanya kurang suka perempuan yang tahu buat kerja lelaki...

Kerajaan Gagal Ke?

Imej
  Perkara yang sangat subjektif untuk dibincangkan kerana indikator bagi menunjukkan gagal atau tidaknya tidak sama. Ada yang beria kata gagal kerana sekian-sekian. Ada yang kata tak gagal kerana sekian-sekian. Tapi bila baca gambar di atas tu rasa hampir tepat apa yang dikata. Kerajaan sekarang ini boleh dikatakan hanya mengikut kehendak rakyat. Daripada isu vaksin, isu PKP, isu buka kedai, isu tutup kedai, isu bantuan, isu moratorium, isu pekerjaan dan macam-macam lagi isu. Hampir semua keputusan kerajaan termasuk yang dikatakan u-turn tu ialah kehendak rakyat sendiri. Tapi bila tak berjaya atau berlaku masalah, kerajaan pula yang kena tempias. Bila kerajaan buat tindakan tegas, terus dituduh kerajaan zalim, menindas hak rakyat. Paling kelakar, hak nak beraya sakan. Sampai timbul ada video yang bandingkan kenapa raya Melayu tak dibenarkan. Raya Cina India boleh pula sambut dengan SOP. Siap suruh rakyat bangkit menentang ketidakadilan katanya tu. Tapi bila bilangan postif COVID-19...