Catatan

MCO 3.0

 Hari ni ialah hari ke 12 rakyat Malaysia mejalani PKP 3.0. Pelbagai polemik, isu, kontroversi dan kekalutan melanda dalam PKP kali ni. Yang melibatkan artis lain, yang melibatkan rakyat lain, yang melibatkan ahli politik lain, tak kurang juga yang melibatkan kerabat di raja pun ada. Bukan nak komen berkenaan mereka, kerana mereka tetap dengan gaya mereka. Malah fanatik mereka tetap menyokong segala perbuatan mereka. Tertarik dengan sikap semua fanatik mereka. Ambil contoh artis. Kerana kalau guna contoh-contoh lain takut masuk dalam. Hehe. Bila baca komen-komen yang menyokong dan menentang sangat dahsyat sekali. Yang menyokong penuh dengan hujah pembelaan layak peguambela di mahkamah. Segala kebaikan, kezuhudan, kebajikan, amal jariah disenaraikan untuk mengimbangi kesalahan yang dilakukan yang dikatakan kecil itu. Mereka kata. Yang menentang pula, segala keburukan, kedurjanaan, kebongkakan dan dosa-dosa lain semua disenaraikan bagi menguatkan kesalahan yang dilakukan. Mereka pula...